Kalimah salaf, salafi atau salafiyah dinasabkan kepada para Salaf as-Saleh. Kalimah salaf memberi pengertian berikut:
"Dan Kami jadikan mereka (orang) yang terdahulu sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian." Az-Zukhruf, 43:56.
Menurut istilah: Salaf as-Saleh (salafi atau salafiyah) terdiri dari para nabi, para rasul dan para sahabat mereka. Nabi Muhammad s.a.w adalah juga seorang Rasul, Nabi dan Salafi sebagaimana pengakuan baginda:
"Bersabda Rasulullah s.a.w: Dan tidaklah ada yang sedang aku rasakan pada usiaku kecuali sudah menghampiri (kematian), maka bertakwa dan bersabarlah (wahai Fatimah!) sesungguhnya semulia-mulia salaf adalah aku bagimu."
As-Salaf as-Saleh ialah generasi awal yang terdiri dari kalangan mereka yang berilmu, mendapat hidayah melalui petunjuk Nabi s.a.w, pemelihara sunnah Nabinya, Allah memilih mereka menjadi sahabat Nabi, mereka tercalun untuk menegakkan agamanya, diridhai oleh Allah, berjihad pada jalan Allah dengan sebenar-benar jihad, mengorbankan masa mereka untuk menasihati ummah, memberi manfaat kepadanya dan berusaha untuk mencari keridhaan Allah sehingga Allah memuji mereka di dalam kitabNya. Firman Allah:
"Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya buat selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar." At-Taubah, 9:100
Para ulama yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Saleh meyakini bahawa para sahabat, tabiin dan tabiut at-tabiin adalah tergolong dalam golongan salaf as-saleh. Keterangan ini berdasarkan kepada beberapa buah hadith Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana di bawah ini:
"Maka setelah Zainab Binti Rasulullah s.a.w wafat, Rasulullah s.a.w bersabda: Pertemukan dia dengan salaf kita yang baik Utsman bin Madz'oun."
"Rasulullah s.a.w pernah melintasi perkuburan madinah lantas menghadapkan wajahnya dan bersabda: Wahai ahli kubur! Allah mengampunkan kami dan kamu, kamu adalah salaf kami dan kami adalah bakal menyusul."
Yang didoakan oleh Nabi Muhammad s.a.w agar diampunkan dosanya ialah orang-orang Islam yang telah meninggal kerana tidak diharuskan nabi dan orang-orang beriman mendoakan orang-orang kafir supaya diampunkan dosanya sebagaimana firman Allah:
"Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya) sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam.". At-Taubah, 9:113.
Berkata Ibn Hajar al-Qatari:
"Maka apa yang dimaksudkan sebagai mazhab salaf ialah: (Mengikuti) sebagaimana (yang telah diikuti) oleh para sahabat yang mulia yang mana mereka sekalian telah diredhai oleh Allah, begitu juga para tabiin yang mengikuti mereka dengan baik serta semua mereka yang mengikutinya dengan baik sehinggalah ke Hari ad-Din (Hari Kiamat)."
Mahmud Muhammad Khufaji menulis:
"Bukanlah penentuan zaman sudah memadai dalam perkara ini, tetapi di samping penentuan tersebut (bahawa salaf bukan sahaja generasi yang berada) di zaman (para sahabat) yang telah berlalu zamannya, malah perlulah juga ada kesecucukan (kesepakatan) pandangan mereka dengan al-Kitab dan as-Sunnah, sama ada secara nas atau kerohanian. Sesiapa yang pandangannya bertentangan dengan al-Kitab dan as-Sunnah maka dia tidak boleh dinamakan salafi sekalipun ia hidup di tengah-tengah para sahabat, tabiin dan tabiut at-tabiin."
Ini menandakan bahawa sesiapa sahaja akan dianggap sebagai salafi setelah ia mengikut jalan (berittiba' dengan manhaj) generasi awal yang mencontohi mereka (para sahabat, tabiin dan tabiut at-tabiin) dalam memperolehi ilmu, cara memahaminya dan sikap serta cara berdakwah.
Sesungguhnya salafiyah dan berittiba' kepada salaf bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai bid'ah daripada bid'ah-bid'ah orang-orang yang terkemudian, sebaliknya salafiyah (atau berittiba' kepada salaf) adalah manhaj para rasul, para nabi serta para sahabatnya.
Wajibnya setiap mukmin kembali kepada pegangan para Salaf as-Saleh ialah berdasarkan perintah dari Allah dan RasulNya. Menurut keterangan dari al-Quran dan as-Sunnah, para Salaf as-Saleh (terutamanya yang terdiri dari para sahabat) telah dijamin masuk syurga kerana mereka meredhai Allah dan Allah pula telah redha terhadap mereka.
Tabiin dan tabiut at-tabiin pula dijamin sebaik-baik manusia kerana zaman dan generasi mereka adalah zaman kesempurnaan akidah, muamalah dan akhlak. Cara hidup dan segala amalan agama yang mereka laksanakan pada setiap aspek terhindar dari segala bentuk bid'ah, kesyirikan, khurafat, tahayul, campur tangan atau pencemaran akal fikiran manusia.
Di dalam ayat yang lain Allah telah memuji para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin serta orang-orang yang mengikuti jejak mereka dalam urusan agama sebagai sebaik-baik ummah sebagaimana firmanNya:
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan menegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah." Ali Imran, 3:110.
Manhaj Salaf as-Saleh adalah manhaj yang paling selamat diikuti kerana para salaf adalah generasi yang terjamin, terbaik dan termulia walaupun mereka tidak maksum terutamanya para salaf yang terdiri dari kalangan para sahabat yang hidup di sisi dan di zaman Nabi s.a.w lantaran mereka telah ditarbiyah (diasuh) oleh wahyu. Mereka mengetahui mengapa, kerana apa, bila dan sebab musabab turunnya wahyu tambahan pula wahyu turun menggunakan bahasa mereka. Oleh sebab itu Nabi Muhammad s.a.w menjamin kesempurnaan dan kemuliaan mereka sebagaimana sabda baginda:
"Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiin) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiut at-tabiin)."
Seseorang individu ataupun jamaah tidak boleh dianggap sebagai salafi kecuali setelah meninggalkan semua bentuk taqlid buta. Setelah itu sewajarnya ia memenuhi semampu mungkin perkara-perkara berikut:
Dalam syara para Salaf as-Saleh dikenali juga dengan nama-nama yang berikut:
"Sesungguhnya Ahli Kitab berpecah dalam agama mereka kepada 72 millah. Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 millah semuanya ke neraka kecuali satu iaitu Jamaah."
Mereka yang berpegang dengan manhaj salaf dinamakan al-Jamaah oleh Nabi s.a.w kerana mereka bersatu dalam persaudaraan Islam dengan cara berittiba' kepada al-Quran dan as-Sunnah bukan ibtida' hawa nafsu. Ahli Salafi menganggap perpecahan sebagai perbuatan bid'ah yang diharamkan yang menyebabkan pelakunya ke neraka. Hadits-hadits Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan lagi:
"Dari 'Auf bin Malik: Akan berpecah Yahudi kepada 71 firqah, satu firqah ke syurga dan 70 ke neraka. Akan berpecah Nasrani kepada 72 firqah, 71 firqah ke syurga dan satu ke syurga. Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya, pasti akan berpecah ummatku kepada 73 firqah hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Ditanyakan: Siapa mereka wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Al-Jamaah."
Diriwayat yang lain:
"Bersabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya mereka yang sebelum kamu dari kalangan Ahli al-Kitab berpecah kepada 72 pecahan. Sesungguhnya millah (ummat ini) akan berpecah kepada 73 (yang mana) 72 ke neraka dan satu ke syurga iaitu al-Jamaah."
Diriwayat yang lain:
"Dari Abdullan bin 'Amr: Akan berpecah ummatku kepada 73 pecahan semuanya ke neraka kecuali millah yang satu: Iaitu apa yang aku dan para sahabat (sesiapa yang seperti aku dan para sahabatku." Dan diriawayat yang lain:
"(Yang ke syurga) ialah al-Jamaah. tangan Allah atas al-Jamaah."
Nama ini terdiri dari dua kalimah:
Menurut ta'rif (istilah) ilmu pula jamaah ialah beberapa kalimah ahli ilmu yang berkisar di atas enam makna (nama):
Dimaksudkan juga sebagai jamaah ialah mereka yang terdiri dari kalangan para sahabat dan sesiapa sahaja yang berittiba' kepada sunnah Nabi s.a.w dan athar para sahabat sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadits:
"Hendaklah kemu kembali (ittiba') kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk."
Pemakaian gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul di akhir zaman sahabat berdasarkan keterangan yang diambil dari athar Ibn Abbas semasa menafsirkan firman Allah:
"Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram." Ali Imran, 3:106.
Menurut Ibn Abbas:
"Adapun yang putih berseri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah Ahli Bid'ah dan orang yang sesat".
"Berkata Ibn Qaiyim:
"Setiap individu telah mengetahui bahawa ahli hadith adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Mubarak: Aku dapati agama berada pada ahli hadith, percekcokan (banyak cakap) pada golongan Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidah (Syiah) dan banyak berhelah (beralasan) pada Ahli Raii."
Berkata Ibn Taimiyah:
"Apa yang dikatakan Firqah Najiah ialah pengikut para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w. Ia adalah syiar Ahli Sunnah. Dinamakan Firqah najiah kerana mereka itu terdiri dari Ahli sunnah (ittiba' as-Sunnah)".
Dinamakan Ahli Ittiba' kerana berittiba (mengikuti/mematuhi) al-Quran, as-Sunnah Rasulullah s.a.w serta athar para sahabat r.a dan menentang taqlid.
- "Yang asal (yang mula-mula) atau golongan yang mula-mula dan yang terdahulu. Antara yang dimaksudkan ialah para salaf yang telah berlalu dan kaum salaf yang terdahulu."
- Berkata Ibn Mansur: "Salaf ialah sesiapa yang telah mendahului engkau yang terdiri dari ibu bapa atau kaum kerabat yang lebih tua pada umur dan kedudukan."

- Mencintai para salaf yang terdiri dari para sahabat, tabiin, tabiut at-tabiin dan mereka yang mengikuti mereka dengan ihsan (baik) kemudian ittiba' (mengikuti/mentaati) manhaj mereka.
- Mempelajari dan memahami manhaj salaf (yang dikenali juga sebagai Ahl Sunnah wal-Jamaah) kemudian mengamalkannya dan berdakwah dengan uslub (metod) Salaf as-Saleh.
- Sentiasa beriltizam (komited) dengan manhaj salaf dalam semua aspek agama sama ada di segi akhlak, dakwah, suluk, perkataan, perbuatan dan yang lain-lainnya.
Dalam syara para Salaf as-Saleh dikenali juga dengan nama-nama yang berikut:
- 1- Al-Jamaah.
"Sesungguhnya Ahli Kitab berpecah dalam agama mereka kepada 72 millah. Sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 millah semuanya ke neraka kecuali satu iaitu Jamaah."
Mereka yang berpegang dengan manhaj salaf dinamakan al-Jamaah oleh Nabi s.a.w kerana mereka bersatu dalam persaudaraan Islam dengan cara berittiba' kepada al-Quran dan as-Sunnah bukan ibtida' hawa nafsu. Ahli Salafi menganggap perpecahan sebagai perbuatan bid'ah yang diharamkan yang menyebabkan pelakunya ke neraka. Hadits-hadits Nabi Muhammad s.a.w menjelaskan lagi:
"Dari 'Auf bin Malik: Akan berpecah Yahudi kepada 71 firqah, satu firqah ke syurga dan 70 ke neraka. Akan berpecah Nasrani kepada 72 firqah, 71 firqah ke syurga dan satu ke syurga. Demi diri Muhammad yang berada di tanganNya, pasti akan berpecah ummatku kepada 73 firqah hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Ditanyakan: Siapa mereka wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Al-Jamaah."
Diriwayat yang lain:
"Bersabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya mereka yang sebelum kamu dari kalangan Ahli al-Kitab berpecah kepada 72 pecahan. Sesungguhnya millah (ummat ini) akan berpecah kepada 73 (yang mana) 72 ke neraka dan satu ke syurga iaitu al-Jamaah."
Diriwayat yang lain:
"Dari Abdullan bin 'Amr: Akan berpecah ummatku kepada 73 pecahan semuanya ke neraka kecuali millah yang satu: Iaitu apa yang aku dan para sahabat (sesiapa yang seperti aku dan para sahabatku." Dan diriawayat yang lain:
"(Yang ke syurga) ialah al-Jamaah. tangan Allah atas al-Jamaah."
- 2- Ahli Sunnah wal-Jamaah atau Jamaatul Muslimin.
Nama ini terdiri dari dua kalimah:
- Ahli Sunnah. Sunnah yang dimaksudkan ialah sunnah Rasulullah s.a.w. Dinamakan Ahli Sunnah kerana berittiba' kepada sunnah. Sunnah pula sangat bertentangan dengan bid'ah, oleh kerana itu Ahli Sunnah sangat menentang Ahli Bid'ah atau Ahli al-Ahwa.
- Al-Jamaah menurut bahasa diambil dari kalimah (ÇáÌãÚ) iaitu mengumpulkan yang bercerai-berai (berpecah belah). Antara maksud jamaah ialah yang bersatu dan lawannya pula ialah yang berpecah. Kalimah ini menunjukkan perkumpulan manusia yang mana mereka bersatu untuk tujuan yang satu (yang sama).
Menurut ta'rif (istilah) ilmu pula jamaah ialah beberapa kalimah ahli ilmu yang berkisar di atas enam makna (nama):
- Golongan yang besar/ramai dari kalangan umat Islam.
- Jamaah ulama yang mujtahid.
- Jamaah yang terdiri dari para Sahabat secara khusus.
- Jamaah umat Islam yang bersatu atas satu matlamat.
- Jamaah muslimin yang bersatu di bawah satu amir.
- Jamaah yang mengikuti kebenaran termasuklah semua para ahlinya.
Dimaksudkan juga sebagai jamaah ialah mereka yang terdiri dari kalangan para sahabat dan sesiapa sahaja yang berittiba' kepada sunnah Nabi s.a.w dan athar para sahabat sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadits:
"Hendaklah kemu kembali (ittiba') kepada sunnahku dan sunnah para Khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk."
Pemakaian gelaran Ahli Sunnah wal-Jamaah muncul di akhir zaman sahabat berdasarkan keterangan yang diambil dari athar Ibn Abbas semasa menafsirkan firman Allah:
"Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula muka yang hitam muram." Ali Imran, 3:106.
Menurut Ibn Abbas:
"Adapun yang putih berseri mukanya ialah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan Ulul al-Ilm dan yang hitam muram mukanya ialah Ahli Bid'ah dan orang yang sesat".
- 3- Ahli al-Hadith atau Ahli Athar.
"Berkata Ibn Qaiyim:
"Setiap individu telah mengetahui bahawa ahli hadith adalah golongan yang paling benar sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Mubarak: Aku dapati agama berada pada ahli hadith, percekcokan (banyak cakap) pada golongan Muktazilah, pembohongan pada ar-Rafidah (Syiah) dan banyak berhelah (beralasan) pada Ahli Raii."
- 4- Firqah an-Najiah (al-Mansurah) atau At-Taifah an-Najiah.
Berkata Ibn Taimiyah:
"Apa yang dikatakan Firqah Najiah ialah pengikut para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w. Ia adalah syiar Ahli Sunnah. Dinamakan Firqah najiah kerana mereka itu terdiri dari Ahli sunnah (ittiba' as-Sunnah)".
- 5- Ahli Ittiba'.
Dinamakan Ahli Ittiba' kerana berittiba (mengikuti/mematuhi) al-Quran, as-Sunnah Rasulullah s.a.w serta athar para sahabat r.a dan menentang taqlid.
0 comments:
Post a Comment